Kursus Asas Pengurusan Aliran Tunai dan Kira-kira Perniagaan Kecil
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniDalam objektif membantu golongan usahawan kecil setempat, Pusat Internet Kesedar Lebir telah menganjurkan kursus asas pengurusan aliran tunai dan kira-kira perniagaan kecil yang berlangsung di bilik latihan Pusat Internet Kesedar Lebir pada 21 Julai 2018 selama 2 jam bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Kursus yang mendedahkan kepentingan pengurusan aliran tunai serta kira-kira yang berkesan menekankan usahawan untuk mula merekod segala jenis aliran keluar masuk tunai. Peserta didedahkan secara praktikal berkaitan cara merekod dan kira-kira bagi memastikan mereka memahami aliran perniagaan yang sedang dijalankan.
Kursus ini telah dihadiri oleh 13 usahawan setempat dari pelbagai bidang seperti runcit, kedai makan, pembuatan serta perniagaan secara atas talian. Pendedahan asas aliran tunai ini dilihat baik oleh para usahawan dalam menguruskan perniagaan mereka pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: