Kisah Kejayaan
USAHAWAN BERJAYA DENGAN BIMBINGAN IT DARI PI
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya,Puan Erine Zulaikha, telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2015 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Pembelajaran. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi Desktop Publishing.
Puan Erine telah menjalankan perniagaan produk penjagaan kecantikan ini secara kecil-kecilan selepas tamat sekolah. Kebanyakkan pelanggan adalah terdiri daripada saudara mara dan juga penduduk sekitar rumahnya. Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan beliau dengan PI, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 hingga RM 400 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan adalah lebih kurang 10 sehingga 20.
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PIiaitu melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kesedar Lebir, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau bertambah kerana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM800.
Melalui penglibatan beliau dengan PI, beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi, mempelajari cara mengambil order melalui FB dan media social yang lain seperti whatss app dan juga aplikasi wechat. PI membantu perkembangan perniagaan serta peningkatan tahap kemahiran ICTdengn membantu mempromosikan produk, serta memberi kelas tambahan.