Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Sosioekonomi
Sedari awal penubuhan Kampung Lebir, para penduduknya bekerja sebagai peneroka tegar milik persendirian yang terletak berdekatan kawasan kampung tersebut. Penduduk kampung lazimnya memiliki kebun seluas hampir 1,000 hektar yang diusahakan sendiri. Tanaman utama yang menjadi nadi rezeki para peneroka ialah getah yang ditanam di kawasan seluas 857 hektar dan mampu memberi pulangan kira-kira RM800.00 ke RM1,200 sebulan.
Para penduduknya bekerja sebagai peneroka tegar milik persendirian yang terletak berdekatan kawasan kampung tersebut. Tanaman kedua terpenting ialah kelapa sawit iaitu seluas 103 hektar.
Keusahawanan
Nur Erine Zulaikha adalah salah seorang usahawan yang terdapat di kampung Kesedar Lebir. Beliau mengusahakan perniagaan online dan offline barangan kesihatan dan kecantikan dan juga pelbagai jenis pakaian.
Pengusaha kuih muih tradisional
Pengusaha kuih muih tradisional yang diusahakan oleh Puan Saerah Binti Abd Manaf yang dikenali sebgai “Mok Yoh” dalam kalangan masyarakat di sini. Ia mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat,tetapi juga dari kawasan sekitar. Permintaan kuih muih tradisional ini sangat memberangsangkan, tambahan pula bila tiba bulan ramadhan. Kuih muih tradisional seperti lompat tikam, chacho, nekbat, tepung pelita serta banyak lagi yang terdapat di gerai Mok Yoh.