Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Taman Negara Kuala Koh
Kampung Lebir yang terletak dalam Mukim Paloh merupakan salah sebuah kampung dalam Jajahan Gua Musang, Kelantan. Kedudukannya yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Paloh dan lebih kurang 77 kilometer dari Bandar Gua Musang menjanjikan destinasi menarik untuk dilawati pelancong. Selain menjadi tarikan dari segi sejarah, budaya dan makanan tradisi, Kelantan juga terkenal dengan lokasi pelancongan menarik terutama di Jajahan Gua Musang. Salah satu lokasi pelancongan menarik di Gua Musang adalah Taman Negara Kuala Koh yang jaraknya kira-kira 42.3 kilometer dari Bandar Gua Musang. Gua Musang merupakan pintu masuk utama untuk ke Taman Negara Kuala Koh dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang belum diterokai sepenuhnya, masih terpelihara dan antara yang tertua di dunia.
Terdapat padang bola awam yang boleh digunakan pada setiap masa bagi tujuan rekreasi atau program. Menjadi tempat utama bagi sebarang aktiviti.
Bagi penggemar laksa, Kedai Mak Yah Laksa menyajikan laksa ikan yang dibuat hasil ramuan turun temurun. Tidak lengkap bila menjamah laksa tanpa cendol pulut yang disediakan sebagai pakej pelengkap hidangan. Perkhidmatan catering laksa juga disediakan oleh kedai Mak Yah Laksa.