Kemudahan Awam
Pusat Internet Kesedar Lebir
Pusat Internet (PI) Lebir merupakan projek Kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia adalah bagi kemudahan untuk penduduk setempat bagi mengenali dunia IT dengan lebih dekat lagi.
Sekolah
Sekolah Kebangsaan Lebir terletak di dalam daerah Gua Musang, Kelantan. Jauhnya dari Bandar Gua Musang ialah 68 km. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan yang indah menghijau dengan suasana yang damai serta udara segar. Sekolah ini dibina di kawasan berbukit yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari jalan besar yang menghubungkan RKT Paloh 2 dengan Bandar Gua Musang.. Di bahagian belakang kawasan sekolah ini terdapat kebun getah. Sekolah ini dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Terdapat 5 buah blok bangunan di mana satu blok digunakan untuk penempatan 6 buah bilik darjah, surau, Bengkel Kemahiran Hidup, bilik sakit dan bilik buku teks, satu blok untuk Perpustakaan, Bilik Guru dan Bilik Pemulihan, Kantin, satu blok untuk Bengkel Seni Lukis, Makmal Komputer, Makmal Sains dan Bilik Muzik , 1 blok untuk Pejabat dan Dewan Terbuka dan 1 blok bangunan untuk Pra Sekolah.Untuk kemudahan bersukan, sekolah ini juga mempunyai sebuah padang yang sering digunakan untuk aktiviti sukan di peringkat sekolah. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1985 dengan hanya sebuah blok bangunan kayu untuk Bilik Darjah dan Pejabat dan satu blok bangunan kayu lagi sebagai kuarters guru. Walaupun beroperasi dalam keadaan serba kekurangan sekolah ini masih mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pelajar-pelajar perintis sekolah ini telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Tahun Lima yang pertama pada tahun tersebut.Pelajar-pelajar yang berjaya telah dinaikkan ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh.
Klinik Kesihatan Lebir
Penduduk Kampung Lebir mandapat prkhidmatan pemeriksaan kesihatan di Klinik kesihatan Lebir.