Program Advokasi bersama ahli PI
24 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kesedar Lebir telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bersama ahli Pusat Internet. Program ini disertai seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PI Kesedar Lebir dan juga merupakan murid Sekolah Kebangsaan Lebir. Program ini telah diadakan bermula pukul 9 pagi sehingga 12:30 tengahari.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya selain memberi ke¬sedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam.
Disamping itu, para peserta turut diberikan penerangan mengenai Program e-Waste iaitu program pengurusan barangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau sudah rosak. Pengurusan bahan-bahan elektrik ini adalah amat penting, sekiranya bahan e-waste yang tidak terurus dengan cara yang betul, ianya boleh mendatangkan bahaya dan mudarat kepada manusia sekeliling mahupun alam sekitar.
Sepanjang program berjalan, pihak PI turut mengadakan soal jawab dan kuiz berkaitan dengan Program KDB dan e-Waste dan turut disediakan hadiah serta cenderamata untuk para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: