Kelas Microsoft Excel
4 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Disember 2018, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan kelas Microsoft Excel. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri seramai 7 orang peserta. Kelas berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10:00 pagi.
Didalam kelas ini,para peserta diajar cara untuk membuat jadual aktiviti dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel.Para peserta terlebih dahulu diberikan taklimat dan penerangan ringkas mengenai Microsoft Excel dan fungsi-fungsi serta manfaatnya.
Kelas ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel.Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang kelas diadakan. Kelas tamat pada pukul 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: