Demonstrasi Kecemasan dan Kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Demonstrasi Kecemasan Dan Kebakaran bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Gua Musang telah diadakan di Pusat Internet (PI) Perasu pada 17 Mac 2018 dengan penyertaan lebih 200 orang yang terdiri daripada komuniti setempat dan juga pihak pengurusan PI Maxis seluruh Gua Musang iaitu PI Kesedar Jeram Tekoh,PI Kesedar Chalil, PI Kesedar Lebir dan PI Kg. Karangan.
Program yang dianjurkan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran 200 orang komuniti setempat dan staff Pusat Internet seluruh Gua Musang (Maxis) dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran. Ia juga secara tidak langsung memperkenalkan kepada peserta berkenaan PI,mengeratkan hubungan silaturahim pihak pengurusan PI bersama masyarakat dan agensi keselamatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: