Kursus Global Online Workforce (GLOW)
9 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 dan 8 Disember 2018, kursus Global Online Workforce (GLOW) anjuran MDEC telah diadakan kepada kakitangan Pusat Internet (Maxis) daerah Gua Musang dan Kuala Krai. Program ini bertempat di Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program ini merupakan inisiatif kerajaan melalui MDEC untuk menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing. Crowdsourcing merupakan kaedah pendapatan digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Global Online Workforce melatih, mentor dan memupuk pelatih menjadi pekerja digital sepenuh masa & menjana pendapatan bulanan secara stabil dan konsisten minimum RM2,000.
Tujuan program GLOW dilaksanakan adalah bagi mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa, membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC, memperkenalkan sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global dan menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Melatih kakitangan Pusat Internet menjadi pekerja digital berkebolehan dan seterusnya mampu melatih komuniti setempat.
- Memperkenalkan sumber pendapatan sampingan kepada kakitangan PI dan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: