Kelas Microsoft Word (Menaip)
08 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2018, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan kelas menaip menggunakan aplikasi Microsoft Word. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri seramai 6 orang peserta. Kelas berlangsung selama 2 jam bermula pukul 3 petang. Didalam kelas ini,para peserta diberikan satu karangan dan diajar cara untuk menaip karangan tersebut dengan betul mengikut format tulisan yang dikehendaki.
Ini dapat meningkatkan kemahiran dan ketangkasan peserta dalam menaip dengan lancar. Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang kelas diadakan. Kelas tamat pada pukul 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: