Hari Terbuka Panel Klinik Kesihatan Lebir
23 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2018, Program Hari Terbuka Panel Klinik Kesihatan Lebir berjalan dengan begitu meriah dengan dihadiri oleh hampir 70 tetamu. Program yang dianjurkan oleh gabungan staf Klinik Kesihatan Lebir, Panel kesihatan dan KOSPEN yang terdiri daripada pendduduk kampung Kesedar Lebir sendiri bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan kakitangan klinik dan penduduk kampung serta memberi kesedaran serta galakan kepada penduduk untuk mengamalkan cara hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bagi memantau keadaan kesihatan yang dapat mengelakkan sakit kritikal.
Pusat Internet Kesedar Lebir telah dijemput dan turut sama membantu hebahan dan hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Majlis yang dimulai dengan senamrobik seawall jam 7.30pagi, kemudian disusuli dengan taklimat kesihatan dan ceramah agama merekodkan kehadiran hampir 100 orang. Kaunter pemeriksaan kesihatan dibuka sepanjang program berlansung. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh wakil Panel Kesihatan serta cabutan bertuah berakhir pada jam 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: