Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum
25 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2018, Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum yang dianjurkan oleh KPDNKK telah berlansung selama separuh hari. Edisi kali ini diadakan di Kesedar Lebir sempena dengan kewujudan stesen jualan minyak petrol yang akan dibuka oleh koperasi penduduk awal November ini. Taklimat berkaitan keselamatan dalam pengurusan dan penggunaan petroleum dan senarai barang yang diberikan subsidi oleh kerajaan disampaikan sendiri oleh pengarah KPDNKK Negeri Kelantan YBrs Tuan Khalid Bin Tik.
Selain itu, pihak kementerian turut menjemput anggota Bomba bagi melakukan demo pemadaman kebakaran berkaitan gas dan petrol menggunakan alat pemadam api. Program ini banyak memberi pengetahuan serta info kepada penduduk kampung yang kelihatan tertarik dengan fakta dalam ucapan dari pihak KPDNKK serta demo kebakaran dari pihak Bomba. Tambahan lagi, beberapa wakil penduduk juga turut serta mencuba memadamkan kebakaran semasa demo dilakukan. Pusat Internet juga tidak melepaskan peluang untuk sama2 menghadiri kempen ini yang dihadiri lebih kurang 200 orang penduduk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: