E-Learning: Advokasi Mobile E-Waste (Quizizz.com)
22 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2018, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan kuiz advokasi Mobile E-Waste secara atas talian melalui aplikasi Quizizz.com. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid lepasan UPSR. Kelas berlangsung selama 1 jam bermula pukul 4:30 petang.
Didalam kelas ini, para peserta diberikan kod untuk menyertai kuiz tersebut. Sebelum kuiz bermula, taklimat dan penerangan mengenai program e-waste diberikan kepada para peserta. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai apa itu sisa elektronik dan juga kesan terhadap masyarakat sekiranya tidak dilupuskan dengan betul. Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan. Peserta yang mendapat tempat dan markah tertinggi diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: