Kuiz Kemahiran Sains, Matematik dan Penggunaan Internet
12 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2019, seramai 10 orang peserta telah menyertai kuiz kemahiran sains dan matematik yang dijalankan secara atas talian di bilik latihan Pusat Internet Kesedar Lebir. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah Tahun 4 – 6 dilatih untuk menggunakan aplikasi kahoot sebagai persediaan untuk menghadapi kuiz tersebut.
Aplikasi kahoot merupakan platform pembelajaran secara online yang sesuai dijalankan sebagai kuiz secara beramai-ramai di atas talian. Aplikasi ini berjaya menarik minat peserta untuk belajar memandangkan mereka teruja untuk menjawab soalan dengan betul dan pantas.
Kuiz yang dijalankan selama 2 jam itu merangkumi soalan-soalan subjek sains dan matematik juga terdapat soalan-soalan peperiksaan UPSR tahun sebelum ini yang amat sesuai untuk diberi pendedahan kepada pelajar. Peserta telah berjaya menguasai kemahiran menggunakan aplikasi kahoot dan sangat berminat untuk belajar secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: