E-learning: Math Game
14 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan sesi pembelajaran subjek matematik secara atas talian melalui aplikasi www.mathplayground.com. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri seramai 10 orang peserta dan berlangsung selama 2 jam bermula pukul 3:00 petang.
Didalam kelas ini, para peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk bermain permainan tersebut. Sebelum kelas bermula, taklimat dan penerangan diberikan kepada para peserta. Program ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan peserta dan menarik minat mereka untuk belajar dengan cara yang lebih seronok.Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: