E-Learning Bahasa Melayu dan Sejarah
20 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan sesi pembelajaran secara atas talian bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah melalui aplikasi Kahoot. Kelas yang diadakan pada 19 Julai 2019 dan bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri seramai 10 orang peserta. Mereka terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan dari Sekolah Kebangsaan Lebir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh.
Kelas berlangsung selama 3 jam bermula pukul 3:00 petang sehingga 6:00 petang. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kepada peserta mengenai subjek tersebut dengan cara yang lebih menarik.Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: