Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
27 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2019, satu program advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Al-Saadah,Batu Mengkebang. Program ini disertai oleh semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang berjumlah 250 pelajar serta 2 orang guru.Program ini merupakan inisiatif bersama Pusat Internet Kg Karangan dan berlangsung selama 2 jam bermula pukul 12 tengahari.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
• Taklimat pengenalan Pusat Internet (PI)
• Penerangan mengenai kandungan program Klik Dengan Bijak
• Penerangan mengenai topik ‘Buli Siber’
• Penerangan mengenai topik ‘Sexting’
• Penerangan mengenai topik ‘Maklumat Palsu’
• Penerangan mengenai topik ‘Perkongsian berlebihan atau Oversharing’
Pada pengakhiran program ini, diselitkan kuiz dan pembahagian hadiah. Dengan adanya program seperti ini,ianya dapat mendidik komuniti dalam menggunakan internet dengan bijak dan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: