Kelas Mencipta Logo (Siri 2)
9 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari 2019, seramai 4 orang peserta telah menyertai kelas mencipta logo secara atas talian.Kelas yang bertempat di Pusat Internet Kesedar Lebir ini berlangsung selama 2 jam bermula pukul 4.00 petang.
Didalam kelas ini,para peserta diajar cara untuk mencipta logo secara atas talian menggunakan laman web designevo.com.Para peserta terlebih dahulu diberikan taklimat dan penerangan ringkas mengenai cara-cara untuk membuka laman web tersebut.
Kelas ini dapat meningkatkan kreativiti peserta dalam mencipta logo disamping melatih peserta untuk menggunakan komputer dengan lebih mahir dan cekap. Kelas ini juga diadakan untuk menggalakkan peserta untuk menggunakan kemudahan PI dengan aktiviti berfaedah. Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang kelas diadakan. Kelas tamat pada pukul 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: