Bengkel Pembangunan Advokasi 2019 Pusat Internet Kluster Gua Musang
10 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2019, telah diadakan Bengkel Pembangunan Advokasi 2019 bagi Pusat Internet Kluster Gua Musang. Bengkel yang bertempat di Pusat Internet Gua Musang ini telah disertai oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada staf pengurusan Pusat Internet daerah Gua Musang.
Semasa bengkel diadakan,para peserta diberi penerangan berkaitan dengan modul-modul advokasi seperti aduan baru,menjadi mata-mata gelap di internet,mengenal pasti muslihat dan penipuan internet dan sebagainya. Modul-modul ini akan diterapkan dan disampaikan kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: