Advokasi Keselamatan Di Internet
6 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan tayangan video advokasi Keselamatan di Internet. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri oleh 2 orang peserta. Didalam kelas ini, para peserta ditayangkan video advokasi berkaitan menjaga keselamatan di internet dan menggunakan internet dengan bijak.
Kemudian peserta akan diberi penerangan berkaitan video yang ditayangkan bagi menambahkan lagi kefahaman peserta terhadap kepentingan menggunakan internet dengan cara yang betul. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang amalan penggunaan internet yang baik. Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan dan seronok dengan tayangan video di skrin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: