E - Qaryah
16 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah dihadiri oleh seorang belia yang hendak mengisi borang perkahwinan secara atas talian namun memerlukan bantuan dari segi kemahiran akses dan mengisi borang. Pihak Pusat Internet berbesar hati untuk berkongsi ilmu dalam mengisi borang perkahwinan memandangkan sistem terbaru Majlis Agama Islam Kelantan menetapkan semua borang kahwin boleh diisi secara online sahaja.
Peserta diterangkan semula berkaitan fungsi dan kegunaan papan kekunci memandangkan beliau telah lama tidak menggunakan komputer. Setelah itu, peserta diberi tunjuk ajar berkaitan cara-cara mengisi borang kahwin di laman web e-qaryah serta menyimpan maklumat pendaftaran perkahwinan sebagai rujukan dimasa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: