E-Learning Fast Fingers
15 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Disember 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan kelas pembelajaran secara online melalui laman web ‘fastfingers’ yang menguji kemahiran menaip para peserta. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri oleh 9 orang peserta dari pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah. Kelas berlansung selama 2 jam bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.
Didalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan aplikasi ‘fastfingers’. Setelah itu, peserta diberi masa untuk berlatih dan membiasakan diri dengan cabaran menaip yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Kemudian, peserta bersaing sesama mereka bagi mendapatkan markah yang paling tinggi menandakan mereka berkemahiran dalam menaip di komputer. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta tentang kelebihan pembelajaran secara online yang menarik untuk digunakan. Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan dan teruja pembelajaran berkumpulan secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: