E-Learning Kahoot
9 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan kelas pembelajaran secara online melalui laman web Kahoot. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri oleh 9 orang peserta dari pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah. Kelas berlansung selama 2 jam bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.
Didalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan aplikasi Kahoot. Setelah itu, peserta diberi beberapa kuiz dari aplikasi Kahoot yang merangkumi silibus pembelajaran di sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta tentang kelebihan pembelajaran secara online yang menarik untuk digunakan. Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan dan teruja pembelajaran berkumpulan secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: