E-Learning Kahoot
14 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan kelas Kahoot pembelajaran secara online. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri seramai 4 orang peserta dan berlangsung selama 2 jam bermula pukul 3:00 petang. Didalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan aplikasi Kahoot.
Setelah itu, peserta diberi beberapa kuiz dari aplikasi Kahoot yang merangkumi silibus pembelajaran di sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta tentang kelebihan pembelajaran secara online yang menarik untuk digunakan. Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan dan teruja pembelajaran berkumpulan secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: