Kelas Menaip Microsoft Word
15 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Disember 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan Kelas Menaip Microsoft Word yang berlangsung selama 3 jam bermula pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir itu disertai oleh 7 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Para peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Word dan fungsi-fungsinya.Selain daripada itu, penerangan berkaitan fungsi-fungsi papan kekunci juga diberi tekanan memandangkan masih ada peserta yang belum tahu sepenuhnya fungsi papan kekunci.
Setelah itu, peserta diberikan teks di skrin besar di hadapan dan dikehendaki menyalin semula teks tersebut di Microsof word di komputer kegunaan masing-masing sehingga tugasan menyimpan dokumen yang telah ditaip. Melalui kelas ini,para peserta berpeluang untuk menggunakan Microsoft Word dengan cara yang betul dan berkesan. Para peserta kelihatan gembira dan berpuas hati dengan pembelajaran ini kerana Microsoft Word merupakan satu kemahiran yang boleh dikatakan wajib dipelajari oleh generasi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: