Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baharu Bersama UMK
20 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSesi Perkongsian Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baharu dijalankan secara atas talian menerusi laman sesawang google meet yang dipengerusikan oleh Prof. Dr Hakimin Yusoff. Perkongsian ini disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohammad Ismail iaitu pensyarah bahagian keusahawanan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Perkongsian beliau menarik minat peserta memandangkan norma baharu sekarang banyak memerlukan kepakaran di dalam dunia digital bagi penyampaian maklumat yang berkesan.
Sesi yang berlansung selama 2 hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang telah dihadiri oleh semua staf Pusat Internet Komuniti dibawah seliaan Maxis seluruh negeri Kelantan. Sesi bagi Pengurus diadakan pada 18 Disember 2020 (jumaat) manakala Penolong Pengurus pula pada 19 Disember 2020 (sabtu). Peserta mengambil kesempatan menyiapkan segala tugasan yang diberikan semasa kelas berlansung dalam meningkatkan kemahiran pemasaran kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: