Program Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi
8 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 6 – 7 Mac 2020, Seluruh staf Pusat Internet di Kelantan dibawah pengurusan Nera telah menghadiri Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi Siri I yang telah berlansung di Hotel H Elite, Tunjung Kota Bharu. Program ini adalah hasil kerjasama dari Nera dan Koperasi Universiti Malaysia Kelantan yang bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan tambahan kepada staf-staf pusat internet dalam perkhidmatan dan penyampaian ilmu kepada seluruh masyarakat.
Program ini dimulakan dengan pembentangan bidang keusahawanan dari wakil SME Corp Kelantan yang menyentuh berkaitan peluang keusahawanan, nasihat dan bimbingan serta bantuan modal yang disediakan oleh SME Corp dalam membantu usahawan terus berdaya saing. Modul seterusnya disampaikan oleh pihak Universiti Malaysia Kelantan berkaitan tatacara pengurusan acara yang melibatkan susunan langkah kerja yang teliti bermula dari sebelum, semasa dan selepas acara. Hari kedua, program diteruskan dengan kemahiran tambahan penggunaan Microsoft Excel yang membuatkan seluruh peserta teruja dengan hasil kerja yang boleh dilakukan melalui Microsoft Excel yang sangat membantu dalam memudahkan dan memperkemaskan lagi analisis serta pembentangan data. Program ini memberi impak yang besar kepada peserta dalam pembangunan ilmu dan pengurusan bagi menambah baik perkhidmatan yang disediakan Pusat Internet sedia ada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: