Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III)
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 dan 9 Oktober 2021, Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Kesedar Lebir telah mengikuti Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) yang dianjurkan oleh Koperasi UMK Berhad kepada semua staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan. Program ini bertujuan untuk melatih kakitangan PIK dalam bidang keusahawanan. Program yang telah berlangsung selama 2 hari itu diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet. Seramai 32 peserta telah menghadiri program ini yang merangkumi keseluruhan 16 buah Pusat Internet Komuniti (Maxis) di seluruh Kelantan dengan tajuk pengurusan kewangan dalam musim pandemik.
Taklimat keusahawanan ini disampaikan oleh En Hashim Bin Ahmad yang juga merupakan pelajar PHD di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Program ini bertujuan memberi tunjur ajar kepada kakitangan PIK untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan peserta dapat menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada komuniti setempat. Peserta didedahkan dengan panduan rancangan perniagaan dan pemasaran secara sistematik mengikut spesifikasi yang betul.
Selain itu, peserta juga diajar cara untuk membuat sistem perakaunan perniagaan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Program ini dapat membantu peserta untuk menyampaikan maklumat berguna kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti yang berminat dan telah menceburi bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: