Tutorial Tuntutan MySalam Berkaitan Covid-19
12 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2021, PIK Kesedar Lebir telah memuat naik video tutorial cara untuk membuat tuntutan covid di MySalam sebanyak RM50 sehari dan maksimum sehingga 14hari sahaja. Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.
Tujuan video ini dibuat bagi memudahkan komuniti yang dimasukkan ke wad akibat covid boleh cuba membuat tuntutan sendiri. Hanya beberapa perkara yang perlu diisi contohnya surat keluar wad dan salinan kad pengenalan. Video ini dikongsi dipautan berikut: https://www.facebook.com/pikkesedarlebir/videos/1044551732960328
Dengan adanya tutorial ini diharap dapat membantu komuniti. Semoga bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: