Panduan Menulis Surat Rasmi
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPanduan tatacara penulisan surat rasmi pada kali ini adalah sekadar bimbingan bersemuka jarak jauh di Pusat Internet Komuniti Kesedar Lebir memandangkan kelas bersemuka biasa adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengunjung hadir ke PIK bagi mendapatkan bantuan bagi panduan surat rasmi untuk meletak jawatan pekerjaan. Staf PIK memberi penerangan dan contoh format surat rasmi yang betul untuk digunakan sebagai panduan penulisan.
Penulisan yang berlansung selama 30minit itu memberi pendedahan baru kepada pengunjung dalam penggunaan Microsoft Word memandangkan beliau telah lama tidak menggunakan komputer dan format penulisan surat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: