Panduan Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0
15 April 2021 | Aktiviti TerkiniPanduan mengisi permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) dijalankan secara individu kepada peserta dalam bantuan dana tambahan perniagaan sempena pengumuman Perdana Menteri dalam membantu para usahawan meneruskan perniagaan di musim Perintah Kawalan Pergerakan. Website GKP adalah dibawah laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) khusus untuk permohonan bantuan perniagaan berikutan pendapatan yang terjejas kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara. Kaedah atas talian ini digunapakai dalam memudahkan urusan permohonan berbanding kehadiran ke cawangan LHDN.
Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kesedar Lebir selama 1 jam bermula jam 10.00 pagi telah dihadiri oleh 1 peserta. Mereka diajar tentang cara bagaimana untuk mengisi borang permohonan serta menyertakan bersama dokumen sokongan perlu. Kelas tamat pada jam 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: