Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) - Pengurusan Kerja Berkumpulan
23 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2021, Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Kesedar Lebir telah mengikuti Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) yang dianjurkan oleh Koperasi UMK Berhad kepada semua staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan. Program Latihan yang bertajuk “Pengurusan Kerja Dalam Kumpulan” ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu tentang cara untuk mengurus tadbir sesebuah pasukan atau organisasi.. Program telah berlangsung secara atas talian menggunakan Google Meet. Seramai 32 peserta telah menghadiri program ini yang merangkumi keseluruhan 16 buah Pusat Internet Komuniti (Maxis) di seluruh Kelantan.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ghazali Ibrahim yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Pada permulaan kursus, Prof Madya Dr. Ghazali Ibrahim telah membentuk lima (5) buah pasukan yang melibatkan semua peserta kursus. Aktiviti yang dijalankan merupakan latihan kepada kaedah di dalam Model Pengurusan Kerja Dalam Kumpulan Tukman yang dijalankan sepanjang sesi itu berlangsung tadi. Kesemua aktiviti yang dijalankan haruslah dibentangkan untuk bersama-sama memahami konsep setiap model yang dikongsikan dalam kursus berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: