Sesi perkongsian “Wanita, Remaja & ICT : Akses Kepada Masa Depan Yang Cerah”
1 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPIK Kesedar Lebir telah menyertai sesi perkongsian melalui platform dalam talian: Zoom Meeting, bertajuk 'Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah” anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 30 April 2021, Jumaat, jam 10AM – 12PM.
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl's in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia.
Menyedari kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh golongan remaja dan belia wanita, Malaysia, di bawah penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), meraikan inisiatif ini pada tahun ini melalui kolaborasi dengan rakan kerjasama dan sektor korporat. Ini adalah kerana pemerkasaan remaja dan belia wanita dalam industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting dalam meningkatkan kesetaraan gender di Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk:
- Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia
- Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT
- Memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional
- Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: