Tutorial membuat semakan dan kemaskini maklumat BMT 2021
10 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniBantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan yang disalurkan kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh. Bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang ingin membuat permohonan BMT boleh membuat permohonan mulai 15 September hingga 15 November 2021. Kadar BMT yang akan diterima bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak RM600.
Untuk membuat permohonan bagi yang belum menerima BMT sebelum ini, pekebun kecil dan penoreh getah boleh membuat permohonan di pejabat RISDA yang berhampiran. Bagi penerima BMT 2020, mereka hanya perlu membuat semakan dan kemaskini maklumat sahaja.
Sehubungan dengan itu,pada 9 Oktober 2021, PIK Kesedar Lebir telah memuat naik video tutorial cara untuk membuat semakan dan kemaskini bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021.Video ini dikongsi dipautan berikut: https://www.facebook.com/pikkesedarlebir/videos/409499113880969
Tutorial ini dibuat bagi memberi tunjuk ajar kepada komuniti tentang bagaimana cara untuk membuat semakan dan kemaskini secara langkah demi langkah. Dengan adanya tutorial ini diharap dapat membantu komuniti. Semoga bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: