Cara Daftar myASNB
17 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Kesedar Lebir telah memuat naik video tutorial cara untuk membuat pendaftaran akaun myASNB secara atas talian melalui aplikasi myASNB
Pengguna boleh melakukan pendaftaran akaun myASNB secara atas talian tanpa perlu hadir ke pejabat ASNB. Pengguna perlu memuat turun aplikasi myASNB terlebih dahulu di telefon bimbit mereka.
myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit.Antaranya termasuklah:
1)Pertanyaan butiran pegangan semasa
2)Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
3)Pelaburan tambahan
4)Kemaskini maklumat peribadi
Dengan adanya tutorial ini diharap dapat membantu komuniti sekiranya mereka ingin membuat pendaftaran dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka.
Semoga bermanfaat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: