Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatian (SPPP) Bersama SSM
2 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 1 Ogos 2022, PEDi Kesedar Lebir telah menyertai sesi taklimat bersama pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada usahawan tempatan berkenaan program baru dari SSM iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan salah satu inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.
Sepanjang taklimat dijalankan pihak SSM menerangkan tentang kepentingan usahawan mendaftarkan perniagaan mereka dan juga perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Pihak SSM juga menunjukkan cara untuk mendaftar secara atas talian dengan menggunakan laman web ezbiz.ssm.com.my Para usahawan boleh menggunakan laman web tersebut untuk sebarang urusan berkaitan SSM seperti mendaftar akaun dan memperbaharui sijil SSM serta lain-lain urusan yang berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: