Tips Keselamatan Kata Laluan
17 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Kesedar Lebir telah memuat naik video mengenai tips keselamatan yang perlu diambil kira semasa menetapkan kata laluan. Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi diinternet. Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber boleh bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri. Didalam video ini kami mensyorkan beberapa panduan bagaimana memiliki kata laluan yang baik dan selamat sekaligus menyukarkan penjenayah siber menceroboh dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda. Diharap dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan ini akan dapat membantu meningkatkan keselamatan akaun anda.
Semoga bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: